KP(JPS)5181/01/02/Jld.2(2)
20 Februari 2001

Semua Pendaftar Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri.
Semua Pengetua Tadika.
Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


SURAT PEKELILING KETUA PENDAFTAR SEKOLAH DAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL. 1/2001
Permohonan Pendaftaran, Perakuan Sementara Pendaftaran dan Membaharui Pendaftaran Institusi Pendidikan Prasekolah

________________________________________________________________________

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menyelaras urusan pendaftaran Institusi Pendidikan Prasekolah yang diselenggarakan oleh Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Buat masa ini Kaedah-Kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 Akta Pelajaran 1961 adalah terpakai sehingga peratuan-peraturan Institusi Pendidikan Prasekolah di bawah Akta Pelajaran 1996 (Akta 550) dikuatkuasakan.

3. Dengan itu semua urusan berkait dengan permohonan pendaftaran, perakuan sementara pendaftaran dan membaharui pendaftaran Institusi Pendidikan Prasekolah hendaklah dibuat seperti berikut:

3.1 Permohonan Pendaftaran Institusi Pendidikan Prasekolah

Menggunakan Borang B Kaedah-Kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 (Kaedah 5), seperti Lampiran 1.

3.2 Perakuan Sementara Pendaftaran

Menggunakan Borang F Kaedah-Kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 (Kaedah 7), seperti Lampiran 2.

3.3 Tempoh Sah Laku Perakuan Sementara Pendaftaran

Perakuan sementara pendaftaran ini hendaklah menyatakan tempoh sah laku yang tidak boleh lebih daripada tempoh satu tahun selepas tarikh pengeluarannya sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 7(3) Kaedah-Kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 Akta Pelajaran 1961. Oleh yang demikian semua Institusi Pendidikan Prasekolah hendaklah membaharui perakuan pendaftaran, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 6(1) Kaedah-Kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 Akta Pelajaran 1961.

3.4 Bayaran

Bayaran yang dikenakan adalah merujuk kepada seksyen 24 (a), (b) dan (c) Kaedah-Kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 Akta Pelajaran 1961 seperti Lampiran 3.

5. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memastikan peraturan pendidikan dipatuhi selaras dengan keperluan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Pohon kerjasama Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk memanjangkan Surat Pekeliling ini kepada semua Pengetua Institusi Pendidikan Prasekolah yang terdapat di negeri Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/.

6. Pekeliling ini berkuatkuasa dari tarikh ianya dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



t.t
(YAACOB WAN IBRAHIM)
Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah danGuru
b.p. Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia.